Friday 7 June 2013

Ayam Betina Bertelor Riuh Sekampung..."Din Ayam Jantan''???

Siapa Din Ayam???Siapa menantu Presiden?? Siapa dia nie?? Ayam Jantan atau Ayam Betina??
kalau ikutkan maklumat dia nie "Pakar Ekonomi Islam" tapi x pernah tengok pun kertas kerja atau dialog terbuka atau wacana tentang "Sistem Ekonomi Islam" .

Setakat belajar saja tentang Ekonomi  Islam tapi tak praktik apa "KEJADAHNYA" yang pandai dok mengendap orang jual pil kuda,yang pandai dok intai Ku Li dengan pak mertua dia.

Sepatutnya mamat ni dia lebih kedepan dalam membincangkan kepakaran dirinya sebagai pakar ekonomi,bagaimana nak membangunkan ekonomi orang islam khususnya ahli parti,bagaimana nak mengangkat semula Kohilal ataupun Harakah dalam memacu pendapatan.

Kohilal yang terpalit dengan skandal pengurusan kewangan dan pemasaran perlu dijenamakan semula,begitu juga Harakah yang merupakan jambatan dalam pemasaran idea dan polisi Islam berbentuk ekonomi dan sosial.

Kepada Din Ayam dan Tantawi wal Slow... bukalah minda sikit,lapanglah dada sikit,berfikirlah cerdik sikit,
jangan asyik syok sendiri dengan jawatan dan pertalian keluarga dengan pimpinan tertinggi sehingga lupa dengan Manhaj Perjuangan..enta ni pimpinan pemuda yang bakal mencorakkan lanskap politik Pas khususnya.

Berbalik kepada Pimpinan Pemuda yang lesu dek kepala otak jumud ni,perlu satu pembaharuan dalam mengarap idea baru dalam melonjakkan kreadibiliti dan potensi Pimpinan itu sendiri.Bak kata pepatah org tua kalau Ayam Betina berkokok sebab dok mengeram telor abis riuh sekampung,kalau Ayam Jantan berkokok tandanya dah baligh,sedia masuk gelanggang bertarung.

Maka pesanan kepada Din Ayam dan Tantawi mamat slow,nak ikut resam Ayam Betina atau Ayam Jantan.
Wallahu A'lam....................nasi tambah kuah taruh atas..............kasi banjirrr..............

Orang Kedah antara "Orang Terkaya di Malaysia" anak "Menteri Orang Kaya"




Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion


Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion
 

Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua  Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah... ramai benar orang Kedah kaya raya!
 

Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.



 Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Kita sedar bahawa pembahagian kekayaan negara perlu diagih secara adil dan bukan sama rata seperti memberikan BR1M kepada semua rakyat.

Kekayaan negara juga bukan dimonopoli oleh sesetengah golongan dan menepikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang miskin.

Kita juga tidak mahu anak-anak pemimpin menjadi kaya raya buka kerana kebijaksanan dan usaha gigih tetapi kerana dia 'anak aku' dia kroni aku.

Rakyat perlu sedar dan insaf bahawa kekayaan yang ada perlu diagihkan kepada semua pihak oleh PEMERINTAH YANG ADIL.