Tuesday 1 April 2014

Gali Lobang,Lobang Digali

Al kisah tersebutlah kisah si penyamun tarbus negeri berantakan lindungan kaabah meneroka lubang untuk digali,terpelohonglah si berkopiah "majulah jayalah negeriku yang ku cinta bersatu dan bersama untuk negeri kita" Dah abis madu disedutnya di negeri berantakan lindungan kaabah,dok mai pacak khemah pula di Darul Kandar Ismeth Ulam Raja.Kononnya nak bela melayu,nak modenkan melayu,dia tak sedarkah yang melayu Darul Kandar Ismeth Ulam Raja memang dah maju,cuma yang totok Cap Keris saja yang dok melukut di tepi gantang,yang dok mai menempek saja dok tak sedaq diri mentality kampung melayu asobiyah saja dok jaja melayu terpinggir. Apakan daya si pemerintah dari dulu mee koay teow ,nasi lemak tak berani nak tiaw yang berani sailang sesama,last last nasi kandar juga kuah taruh atas. Kembali kepada berantakan lindungan kaabah,adalah sekor dua yang dapat jawatan sebab ugut nak konfrantasi kononnya,jadi broker Kasim Pentalon nak selamat melayu,nak perkaya melayu. dok jaja merata mee koay teow dok halau nasi lemak,padahal nasi lemak menega sebelah mee koay teow saja,saja la nak jadi cerita terkantoi cerita Hong Kong,pakat kelepiaq laaa si bahalol broker 25%...yang selamat tauke stesen gasolin,ana tak tau apa?? padahal dia la kepala biawak berkopiah. Apapun Kuah Sudah Taruk Atas... Standby Nasi Panas Panas Dok Mai...

Friday 7 June 2013

Ayam Betina Bertelor Riuh Sekampung..."Din Ayam Jantan''???

Siapa Din Ayam???Siapa menantu Presiden?? Siapa dia nie?? Ayam Jantan atau Ayam Betina??
kalau ikutkan maklumat dia nie "Pakar Ekonomi Islam" tapi x pernah tengok pun kertas kerja atau dialog terbuka atau wacana tentang "Sistem Ekonomi Islam" .

Setakat belajar saja tentang Ekonomi  Islam tapi tak praktik apa "KEJADAHNYA" yang pandai dok mengendap orang jual pil kuda,yang pandai dok intai Ku Li dengan pak mertua dia.

Sepatutnya mamat ni dia lebih kedepan dalam membincangkan kepakaran dirinya sebagai pakar ekonomi,bagaimana nak membangunkan ekonomi orang islam khususnya ahli parti,bagaimana nak mengangkat semula Kohilal ataupun Harakah dalam memacu pendapatan.

Kohilal yang terpalit dengan skandal pengurusan kewangan dan pemasaran perlu dijenamakan semula,begitu juga Harakah yang merupakan jambatan dalam pemasaran idea dan polisi Islam berbentuk ekonomi dan sosial.

Kepada Din Ayam dan Tantawi wal Slow... bukalah minda sikit,lapanglah dada sikit,berfikirlah cerdik sikit,
jangan asyik syok sendiri dengan jawatan dan pertalian keluarga dengan pimpinan tertinggi sehingga lupa dengan Manhaj Perjuangan..enta ni pimpinan pemuda yang bakal mencorakkan lanskap politik Pas khususnya.

Berbalik kepada Pimpinan Pemuda yang lesu dek kepala otak jumud ni,perlu satu pembaharuan dalam mengarap idea baru dalam melonjakkan kreadibiliti dan potensi Pimpinan itu sendiri.Bak kata pepatah org tua kalau Ayam Betina berkokok sebab dok mengeram telor abis riuh sekampung,kalau Ayam Jantan berkokok tandanya dah baligh,sedia masuk gelanggang bertarung.

Maka pesanan kepada Din Ayam dan Tantawi mamat slow,nak ikut resam Ayam Betina atau Ayam Jantan.
Wallahu A'lam....................nasi tambah kuah taruh atas..............kasi banjirrr..............

Orang Kedah antara "Orang Terkaya di Malaysia" anak "Menteri Orang Kaya"




Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion


Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion
 

Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua  Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah... ramai benar orang Kedah kaya raya!
 

Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.



 Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Kita sedar bahawa pembahagian kekayaan negara perlu diagih secara adil dan bukan sama rata seperti memberikan BR1M kepada semua rakyat.

Kekayaan negara juga bukan dimonopoli oleh sesetengah golongan dan menepikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang miskin.

Kita juga tidak mahu anak-anak pemimpin menjadi kaya raya buka kerana kebijaksanan dan usaha gigih tetapi kerana dia 'anak aku' dia kroni aku.

Rakyat perlu sedar dan insaf bahawa kekayaan yang ada perlu diagihkan kepada semua pihak oleh PEMERINTAH YANG ADIL.

Monday 20 May 2013

Wanita Muslim Diangkat Menjadi Ketua Parlimen Singapura.



Singapore yang anda tak tahu...Yang Dipertua Dewan Negara Singapura Dr. Halimah merupakan seorang Muslimah yg menutup Auratnya dengan sempurna.. Pakaian Dr. Halimah di dalam dewan negara Singapura sama seperti Muslimat PAS yg kita selalu nampak dgn Tudung Labuh dan memakai Sarung Tangan Hitam.. Dalam Dewan Negara Singapura beliau duduk di tempat yg paling tinggi sekali berbanding Ahli Palimen yg lain termasuklah Perdana Menteri Singapura sendiri..kat Malysia SureHeboh round Malaysia.

Anak Jantan Bertelor Dahi..Anak Ostat Bertambah Bini??



Astalavista...Adam Adli anak Penaga Kepala Batas yang dilihat lebih menonjol dalam soal perjuangan rakyat,lebih radikal dalam tindakan berdepan dgn kezaliman,seorang anak muda yang pernah satu ketika menggegarkan politik Malaysia dgn menurunkan bendera PM Najib secara live,seorang yang bergerak merentasi kaum,ideologi,parti, dalam kempen PRU 13 bagi menjatuhkan BN dan konco konconya.

Anak kelahiran ''penaga'' ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ''bermazhab politik Pas'' tetapi tidak memilih Pas sebagai wardah perjuangan beliau ''Mengapa''? ini yang banyak menjadi persoalan apabila banyak pejuang pejuang kebangkitan anak muda yang berpotensi dan radikal ini lebih senang berdiri melawan rejim Umno/Bn tidak melalui wardah Pas yang mana ibu bapa mereka sendiri adalah hardcore parti tersebut.

Ok..Di Pulau Pinang yang lebih meriah dgn panggilan Pulau Mutiara dimana rakyat berbilang bangsa bergerak seiring dalam rantaian hidup yang dilihat paling unik di Malaysia.Di manakah kebenarannya??

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mana Cina,Melayu,India hidup dalam satu komuniti  kebergantungan masyarakatnya amatlah erat.Ini berlaku sejak sekian lamanya terutama di kawasan sebelah pulau majoritinya,kawasan pekan di sebelah tanah besar seperti Bukit Mertajam,Kepala Batas,Perai dan Seberang Jaya.

Kebergantungan hidup dalam komuniti masyarakat ini berlaku didalam suasana yang begitu muhibah sekali,anak kesekolah,peniaga berniaga bersebelahan,perkongsian premis/komplex makanan dan lain lain lagi.
Pernah dahulu seorang kawan berkata,kalau nak belajar politik 1malaysia,Pulau Pinang adalah tempatnya,kalau nak belajar tahan maki dalam politik,Pulau Pinang adalah tempatnya kerana ramai pemimpin yang tahan maki dalam politik lahirnya dari Pulau Pinang,lahirnya pemimpin radikal juga kebanyakannya dari Pulau Pinang.

Kembali kepada Adam Adli,seorang pemuda yang lebih layak digelar Ketua Pemuda kepada Pemuda PR,dgn sikapnya yang lemah lembut dari segi perwatakan,tetapi tegas dalam tindakan,berani dlam mendepani isu merentasi bangsa,ideologi,agama.

Lahirnya Adam Adli di pentas politik Malaysia,khusunya Pulau Pinang bakal membakar semangat anak muda dalam meneruskan legasi perjuangan rakyat,perjuangan yang tidak memerlukan ketua yang ''ponen,lembik'' yang berselindung disebalik title agama,yang mengaut habuan dunia dengan agenda pengkhianatan pada PRU 13 di Sg Acheh bersandarkan kepada telahan Abu Nawas

Orang selalu kutuk pemimpin PKR yang ambil duit juta juta dari umno untuk khianat parti tapi ok la dapat juta juta untuk jadi pengkhianat berbanding dengan ketua pemuda pas pulau pinang nilainya hanya rm5ribu saja untuk jadi pengkhianat...

Dimanakah kebenarannya telahan ini??mengapa tiada sebarang penafian setelah hampir 24 jam kenyataan ini dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang@calon DUN Sg Acheh yang mana dia ini bukan anak kelahiran Pulau Pinang tidak membesar dalam suasana Pulau Pinang.

Jadi tidak hairanlah apabila segala tindak tanduknya seperti melepaskan batuk di tangga sejak menyandang jawatan KPDPPP,tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana politik PR khususnya bersama pimpinan selain daripada Melayu/Baling.

Ini berlaku kerana dia ini hidup/dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat "melayu pure" maka keberangkalian wujudnya presepsi politik perkauman amat menebal di dalam dirinya.Sedar atau tidak sedar mereka mereka ini menganuti politik perkauman secara tidak langsung meskipun Pas menolak politik perkauman kerana dasar Pas adalah Islam..

''Dimanakah Relevanya Pimpinan'' berotak sempit ini menerajui politik Pulau Pinang??

Pakat Pakat Pikiaq La Noooo..

nasi tambah kuah taruh atas..

Saturday 18 May 2013

Harta Negara Milik Orang

POS Malaysia yang dibina oleh pelaburan negara/rakyat dan merupakan natural monopoly sewajibnya adalah milik negara/rakyat; sebaliknya di negara kita, di mana jenis kapitalis yang diamalkan adalah lebih jahanam daripada negara kapitalis maju, POS Malaysia sudah diswastakan dan diberi pada KAPITALIS BANGSAT bernama syed mokhtar.

Syed Mokhtar ini bukanlah industrial kapitalis seperti Henry Ford atau Karl Benz. Sekiranya di tanya pada Henry Ford, 'apa business yang akan dia ceburi 10 tahun akan datang?' pastgi dia menjawab industri automotif, sekiranya ditanya pada Steve Jobs apa business yang dia akan ceburi 10 tahun akan datang? pasti dia kata teknologi perkomputeran.
Namun oleh kerana tycoon di maysia ini adalah jenis parasit; sekiranya ditanya pada syed mokhtar apa industri yang akan diceburinya tahun depan? kemungkinan besar dia kata, 'apa2 industri yang boleh untung lumayan, untung dalam monetari' . . 

Tycoon di malaysia seperti Ananda, YTL, Genting, Syed Mokhtar bukanlah industrial kapitalis, mereka adalah kapitalis bangsat rentier yang akan menghalang industrialisation !


 '''apa teknologi baru yang dibangunkan oleh syarikat2 milik syed mokhtar, ananda, YTL genting, eric chia dll???? mereka hanya tau dapat lesen monopoli/oligopoli sure untung dan berterusan import teknologi dari luar . . . bukan setakat tak ada teknologi baru, takda perancangan yang seriuspun nak buat R&D, yalah pasal nak memaksimakan untung''


Thursday 16 May 2013

Tabung Pecah Se..Ribu Jatuh Berterabur,Duit Hilang??


Ok..nasi tambah kuah taruh atas..

Bercerita semuala berkenaan Se..Ribu yang dah tinggal ''satu",menurut sumber dalaman pernah suatu ketika dulu diadakan ''Karnival'' untuk mencari dana bagi sekolah tu maka digunakan wang hasil sumbangan/kutipan Se..Ribu yang hampir mencecah puluhan ribu ringgit jumlahnya bagi menjayakan ''Karnival'' tersebut tetapi malangnya, bak kata pepatah '' yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'' atau lebih tajam lagi "berdentum guruh dilangit setempayan air dicurahkan,kusangkakan hujan hingga ke petang rupanya panas hingga ke petang'' habis bungkuih kata orang belah sana..

Terjadinya benda alah ni,lain tak lain adalah wahyu dari "murabbitun'' kononnya al ostat Harfiz nordin yang pada masa itu sebahagian daripada ''lembaga"pengarah Se..Ribu dan diberitakan juga pada masa itu Pengarah adalah al ostat Yusni dan Timba..jalan(timbalan) adalah al ostat pewaris nabi Offnan al rokoki (pinjam istilah Abu Nawas).

Justeru itu jahanamlah ''dana'' yang telah sekian lama dikutip oleh ''Pejuang'' dengan mengoncang tabung ke sana kesini yang ikhlas tanpa mengharapkan habuan dunia.

Dan!! Ada lagi,sehingga sekarang menurut sumber dalaman Se..Ribu sehingga sekarang tiada apa apa perbentangan akaun berkenaan ''karnival'' yang dah bungkuih lingkop jahanam khabarnya daripada jawatankuasa panganjuran.

Ha..haaa..haaa..apa cerita nie?? 

Ada apa apa ka nak selindung??

Ok lah..kita biarkanlah akaun tu terbentang dengan sendirinya,sebab ostat-ostat nie mengaji tinggi tinggi hukum hakam pandai pandai belaka.Tetapi persoalannya dimanakah ''Intergriti" yang kononnya diasuh dari kecil oleh ibu bapa mereka ini yang terkenal di dalam masyarakat sebagai ''Ikon'' kepada insitusi keluarga ''elit" berlatarbelakang agama??

Siapa yang harus menjawap persoalan ini??siapa yang harus bertanggungjawap berlakunya kepincangan pengurusan kewangan yang boleh dikatakan mungkin kelalaian ataupun unsur unsur pecah amanah.
Kalau beginilah perihal yang berlaku dalam pentadbiran yang boleh dikategorikan sebagai ''besar lagi mentadbir negeri dari mentadbir sekolah'' pun boleh jahanam..Bagaimana pula pengurusan kewangan Parti(kewangan Pemuda Negeri)??

Ini perlu dilihat semula oleh ahli parti itu sendiri sebagai satu isyarat bahawa sesuatu telah berlaku dan akan terus berlaku penyelewengan akibat daripada kurangnya'' ilmu pengurusan" dan pembongkaran demi pembongkaran pasti akan berlaku apabila sifat manusia itu sendiri terutamanya didalam parti yang berteraskan Islam melalui tarbiyyah dan usrah tidak bisa melindungi apatah lagi menyembunyikan bangkai gajah yang dah busuk..

Sambung lagi..lain kali bukan inikali..kuah taruh atas..