Monday, 20 May 2013

Wanita Muslim Diangkat Menjadi Ketua Parlimen Singapura.



Singapore yang anda tak tahu...Yang Dipertua Dewan Negara Singapura Dr. Halimah merupakan seorang Muslimah yg menutup Auratnya dengan sempurna.. Pakaian Dr. Halimah di dalam dewan negara Singapura sama seperti Muslimat PAS yg kita selalu nampak dgn Tudung Labuh dan memakai Sarung Tangan Hitam.. Dalam Dewan Negara Singapura beliau duduk di tempat yg paling tinggi sekali berbanding Ahli Palimen yg lain termasuklah Perdana Menteri Singapura sendiri..kat Malysia SureHeboh round Malaysia.

Anak Jantan Bertelor Dahi..Anak Ostat Bertambah Bini??



Astalavista...Adam Adli anak Penaga Kepala Batas yang dilihat lebih menonjol dalam soal perjuangan rakyat,lebih radikal dalam tindakan berdepan dgn kezaliman,seorang anak muda yang pernah satu ketika menggegarkan politik Malaysia dgn menurunkan bendera PM Najib secara live,seorang yang bergerak merentasi kaum,ideologi,parti, dalam kempen PRU 13 bagi menjatuhkan BN dan konco konconya.

Anak kelahiran ''penaga'' ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ''bermazhab politik Pas'' tetapi tidak memilih Pas sebagai wardah perjuangan beliau ''Mengapa''? ini yang banyak menjadi persoalan apabila banyak pejuang pejuang kebangkitan anak muda yang berpotensi dan radikal ini lebih senang berdiri melawan rejim Umno/Bn tidak melalui wardah Pas yang mana ibu bapa mereka sendiri adalah hardcore parti tersebut.

Ok..Di Pulau Pinang yang lebih meriah dgn panggilan Pulau Mutiara dimana rakyat berbilang bangsa bergerak seiring dalam rantaian hidup yang dilihat paling unik di Malaysia.Di manakah kebenarannya??

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mana Cina,Melayu,India hidup dalam satu komuniti  kebergantungan masyarakatnya amatlah erat.Ini berlaku sejak sekian lamanya terutama di kawasan sebelah pulau majoritinya,kawasan pekan di sebelah tanah besar seperti Bukit Mertajam,Kepala Batas,Perai dan Seberang Jaya.

Kebergantungan hidup dalam komuniti masyarakat ini berlaku didalam suasana yang begitu muhibah sekali,anak kesekolah,peniaga berniaga bersebelahan,perkongsian premis/komplex makanan dan lain lain lagi.
Pernah dahulu seorang kawan berkata,kalau nak belajar politik 1malaysia,Pulau Pinang adalah tempatnya,kalau nak belajar tahan maki dalam politik,Pulau Pinang adalah tempatnya kerana ramai pemimpin yang tahan maki dalam politik lahirnya dari Pulau Pinang,lahirnya pemimpin radikal juga kebanyakannya dari Pulau Pinang.

Kembali kepada Adam Adli,seorang pemuda yang lebih layak digelar Ketua Pemuda kepada Pemuda PR,dgn sikapnya yang lemah lembut dari segi perwatakan,tetapi tegas dalam tindakan,berani dlam mendepani isu merentasi bangsa,ideologi,agama.

Lahirnya Adam Adli di pentas politik Malaysia,khusunya Pulau Pinang bakal membakar semangat anak muda dalam meneruskan legasi perjuangan rakyat,perjuangan yang tidak memerlukan ketua yang ''ponen,lembik'' yang berselindung disebalik title agama,yang mengaut habuan dunia dengan agenda pengkhianatan pada PRU 13 di Sg Acheh bersandarkan kepada telahan Abu Nawas

Orang selalu kutuk pemimpin PKR yang ambil duit juta juta dari umno untuk khianat parti tapi ok la dapat juta juta untuk jadi pengkhianat berbanding dengan ketua pemuda pas pulau pinang nilainya hanya rm5ribu saja untuk jadi pengkhianat...

Dimanakah kebenarannya telahan ini??mengapa tiada sebarang penafian setelah hampir 24 jam kenyataan ini dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang@calon DUN Sg Acheh yang mana dia ini bukan anak kelahiran Pulau Pinang tidak membesar dalam suasana Pulau Pinang.

Jadi tidak hairanlah apabila segala tindak tanduknya seperti melepaskan batuk di tangga sejak menyandang jawatan KPDPPP,tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana politik PR khususnya bersama pimpinan selain daripada Melayu/Baling.

Ini berlaku kerana dia ini hidup/dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat "melayu pure" maka keberangkalian wujudnya presepsi politik perkauman amat menebal di dalam dirinya.Sedar atau tidak sedar mereka mereka ini menganuti politik perkauman secara tidak langsung meskipun Pas menolak politik perkauman kerana dasar Pas adalah Islam..

''Dimanakah Relevanya Pimpinan'' berotak sempit ini menerajui politik Pulau Pinang??

Pakat Pakat Pikiaq La Noooo..

nasi tambah kuah taruh atas..

Saturday, 18 May 2013

Harta Negara Milik Orang

POS Malaysia yang dibina oleh pelaburan negara/rakyat dan merupakan natural monopoly sewajibnya adalah milik negara/rakyat; sebaliknya di negara kita, di mana jenis kapitalis yang diamalkan adalah lebih jahanam daripada negara kapitalis maju, POS Malaysia sudah diswastakan dan diberi pada KAPITALIS BANGSAT bernama syed mokhtar.

Syed Mokhtar ini bukanlah industrial kapitalis seperti Henry Ford atau Karl Benz. Sekiranya di tanya pada Henry Ford, 'apa business yang akan dia ceburi 10 tahun akan datang?' pastgi dia menjawab industri automotif, sekiranya ditanya pada Steve Jobs apa business yang dia akan ceburi 10 tahun akan datang? pasti dia kata teknologi perkomputeran.
Namun oleh kerana tycoon di maysia ini adalah jenis parasit; sekiranya ditanya pada syed mokhtar apa industri yang akan diceburinya tahun depan? kemungkinan besar dia kata, 'apa2 industri yang boleh untung lumayan, untung dalam monetari' . . 

Tycoon di malaysia seperti Ananda, YTL, Genting, Syed Mokhtar bukanlah industrial kapitalis, mereka adalah kapitalis bangsat rentier yang akan menghalang industrialisation !


 '''apa teknologi baru yang dibangunkan oleh syarikat2 milik syed mokhtar, ananda, YTL genting, eric chia dll???? mereka hanya tau dapat lesen monopoli/oligopoli sure untung dan berterusan import teknologi dari luar . . . bukan setakat tak ada teknologi baru, takda perancangan yang seriuspun nak buat R&D, yalah pasal nak memaksimakan untung''


Thursday, 16 May 2013

Tabung Pecah Se..Ribu Jatuh Berterabur,Duit Hilang??


Ok..nasi tambah kuah taruh atas..

Bercerita semuala berkenaan Se..Ribu yang dah tinggal ''satu",menurut sumber dalaman pernah suatu ketika dulu diadakan ''Karnival'' untuk mencari dana bagi sekolah tu maka digunakan wang hasil sumbangan/kutipan Se..Ribu yang hampir mencecah puluhan ribu ringgit jumlahnya bagi menjayakan ''Karnival'' tersebut tetapi malangnya, bak kata pepatah '' yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'' atau lebih tajam lagi "berdentum guruh dilangit setempayan air dicurahkan,kusangkakan hujan hingga ke petang rupanya panas hingga ke petang'' habis bungkuih kata orang belah sana..

Terjadinya benda alah ni,lain tak lain adalah wahyu dari "murabbitun'' kononnya al ostat Harfiz nordin yang pada masa itu sebahagian daripada ''lembaga"pengarah Se..Ribu dan diberitakan juga pada masa itu Pengarah adalah al ostat Yusni dan Timba..jalan(timbalan) adalah al ostat pewaris nabi Offnan al rokoki (pinjam istilah Abu Nawas).

Justeru itu jahanamlah ''dana'' yang telah sekian lama dikutip oleh ''Pejuang'' dengan mengoncang tabung ke sana kesini yang ikhlas tanpa mengharapkan habuan dunia.

Dan!! Ada lagi,sehingga sekarang menurut sumber dalaman Se..Ribu sehingga sekarang tiada apa apa perbentangan akaun berkenaan ''karnival'' yang dah bungkuih lingkop jahanam khabarnya daripada jawatankuasa panganjuran.

Ha..haaa..haaa..apa cerita nie?? 

Ada apa apa ka nak selindung??

Ok lah..kita biarkanlah akaun tu terbentang dengan sendirinya,sebab ostat-ostat nie mengaji tinggi tinggi hukum hakam pandai pandai belaka.Tetapi persoalannya dimanakah ''Intergriti" yang kononnya diasuh dari kecil oleh ibu bapa mereka ini yang terkenal di dalam masyarakat sebagai ''Ikon'' kepada insitusi keluarga ''elit" berlatarbelakang agama??

Siapa yang harus menjawap persoalan ini??siapa yang harus bertanggungjawap berlakunya kepincangan pengurusan kewangan yang boleh dikatakan mungkin kelalaian ataupun unsur unsur pecah amanah.
Kalau beginilah perihal yang berlaku dalam pentadbiran yang boleh dikategorikan sebagai ''besar lagi mentadbir negeri dari mentadbir sekolah'' pun boleh jahanam..Bagaimana pula pengurusan kewangan Parti(kewangan Pemuda Negeri)??

Ini perlu dilihat semula oleh ahli parti itu sendiri sebagai satu isyarat bahawa sesuatu telah berlaku dan akan terus berlaku penyelewengan akibat daripada kurangnya'' ilmu pengurusan" dan pembongkaran demi pembongkaran pasti akan berlaku apabila sifat manusia itu sendiri terutamanya didalam parti yang berteraskan Islam melalui tarbiyyah dan usrah tidak bisa melindungi apatah lagi menyembunyikan bangkai gajah yang dah busuk..

Sambung lagi..lain kali bukan inikali..kuah taruh atas..

Hassan Ali Anjur Demo,Bekas Pengganas Negara Jadi Menteri???

MIC Pulak Tak Puas Hati Pelantikan Hindraf...

Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri.

"Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN.

"Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan.

"Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini.






Pelik Tapi Benar,
Dulu Dikatakan Pengganas yang menggugat keselamatan negara,sekarang Dilantik Menjadi Timbalan Menteri~

Lawan BN~ 
Akan Di Gelar Komunis,Penganas,Pengkhianat,Sesat,Egen Yahudi Bla...bla...bla...

Sokong BN.....
Akan Di Anggap Suci Sesucinya.........




Penat Siang Malam Melalak Burukkan PR...Ingat Dapat Jadi Menteri!!!.
Akhirnya Jadi Hampas Kelapa...Kahkahkahkah !!

Apa pun tak BOLE....BArabarabara bereberebere barabarabara....

Pas P.Pinang Terpalit Dengan Pengkhianatan??

Pergolakan berikutan kekalahan Pas di 5 kerusi Dun dan 2 di Parlimen sedang hangat diperkatakan setelah perbagai keputusan post-mortem dilakukan dan hasilnya perbagai "bom jangka" dan seumpama 'torpedo" meletup menggegarkan Politik Pas Penang.

Setelah bom-bom ini meletup maka berseleraklah segala apa yang disembunyikan dan diselindungkan selama ini,yang terbuku dah tercair, yang jernih dah jadi keroh,segala macam andaian yg dikatakan fitnah sebelum ini menjadi kebenaran.

Bermula segala macam onak ini dikatakan untuk 'memecah belah parti" terutamanya Pemuda Pas penang yang dikatakan berperanan besar dalan mengatur strategi' Kepimpinan" baru yang lebih mendominasi Perhubungan Negeri melalui percaturan beberapa kononnya 'tokoh muda'' yang di import dari negeri Kedah.

Persoalannya dimanakah kebenarannya ini semua?? sehari dua ini suara suara kritikan yang hebat seperti ledakan bom atom telah berlaku di laman sosial diantaranya yang menarik perhatian adalah daripada musuh ketat ''tokoh muda'' Pemuda Pas Penang yang lebih sinomin dengan nama Abu Nawas yang telah melabelkan mereka-mereka ini sebagai 'Pengkhianat" kepada pakatan rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Berikut adalah antara kutukan keras dalam posting Abu Nawas:

Peraturan dan displin parti dalam Parti Komunis Malaya melarang keras perbuatan menghasut di belakang.

Setiap anggota parti berhak mengemukakan fikiran kepada pimpinan atasan bahkan juga diperbolehkan melangkauinya sehingga ke pimpinan tertinggi, tetapi mutlak tidak boleh bercakap atau menghasut di belakang, menjadi pengheboh kecil dan lain lain.

Hukuman mati adalah penghujung hidup kepada pengkhinat. Kesimpulannya sekiranya Yusni Mat Pukiah yang khianat kepada perjuangan rakyat di Sungai aceh adalah anggota PKM maka hukumannya ialah mati tetapi nasibnya baik kerana berada dalam pas.


Ok...Dimanakah kebenaran dan relevannya kenyataan ini?? jom kita kembali kepada bom-bom yang telah meletup   sehari dua ini.Diantaranya yang paling di sebut sebut adalah dua nama ini seperti di atas Yusni dan Afnan.

Bermula dengan Yusni yang pada mulanya menjadi Timbalan kepada Hafiz dan ekoran daripada tindak tanduk yang melawan arus Hafiz dalam 'Konsensus" Pr merugikan Parti maka digantikan gengan Yusni sebagai KP dan juga bermulalah episod sebagai Mudir Sriibu yang dibina atas kekuatan dana Pemuda khususnya ahli parti peringkat bawahan,maka berpusing lah seluruh pelusuk "goncang tong" nak bina Sriibu.

Dibawah pentadbiran yang ditunjangi oleh mereka mereka ini maka Sriibu boleh dikatakan berjaya dan satu cadangan bagi mengembangkan institusi ini digarap.Antaranya membeli sebidang tanah bagi mendirikan komplex baru yang selama ini hanya beroperasi di 'rumah kedai'' maka persetujuan telah termeterai dengan pemilik tanah yang merelakan digunapakai (dijual)melalui perjanjian yang amat menguntungkan pihak Sriibu.

Malang sekali apa yang dirancang dan dipersetujui oleh kedua dua pihak ini tersangkut di tengah jalan sehingga sekarang ini,di pihak tuan tanah hanya dapat tidak hampir 50% lagi dari harga yang ditawarkan.Mengapa ini berlaku?? ok.. inilah yang dikatakan Abu Nawas akan ''pengkhianatan" dan bukan dia sahaja yang beranggapan begitu tetapi inilah yang sedang hebat diperkatakan oleh orang orang terdekat Pemuda Pas yang mungkin baru kini tersedar dari lena.

Pengkhianatan yang dimaksudkan adalah apabila yang diamanahkan menerajui Sriibu telah konar 360 dengan membuka Aqsa dan sekaligus melepaskan tanggungjawap itu kepada org lain demi memberi perhatian sepenuhnya kepada ''Kapal baru"" yg bakal di pacu olehnya.

Apabila kapal baru ini melabuhkan layarnya maka segala macam dana yang selama ini disalurkan kepada kapal lama itu telah'' di Divert kan'' kepada kapal baru melalui surat surat berkepala kapal baru yang ditandatangani oleh Mudir itu sendiri agar segala macam dana yang disalurkan kepada kapal lama diteruskan tetapi dengan penuh harapan kepada kapal baru yang nahkodanya adalah org yang sama.

Inilah pengkhianatan pertama yang dilakukan oleh susuk tubuh kecil pemain yang diimport  kononnya ''Ulama Pelapis".Jadi apa nak di hairankan apabila pengkhianatan kali kedua berlaku di Sg Acheh oleh org yang sama.Betullah kata sumber yang telah menceritakan dan telahan Abu Nawas bahawa mereka ini mempunyai agenda tersembunyi sama ada konflik kepentingan duniawi atau agen kepada pihak musuh khusunya UMNO.

ikuti sambungannya...tambah nasi kuah taruh atas..

Harta,Tahta,Wanita Manusia Lalai Tersilap Lempar Kulit Pisang

Jalan-jalan petang tadi jumpa "orang besar"  KOMTAR, pahat berbunyi walaupun rumah dah siap.

Biasalah orang politik ni mana pandai pegang janji,masa "kempen"habis  tenaga dikerahnya,semua mau boleh 

aje,yang tu ok yg nie ok,bila menang mulalah sibuk sana sini.Kesian juga kat sorang "election manager" habis 

madu sepah dibuang,adat berkawan dgn org berpolitik,Sempat lagi berpesan,kita kena sabar dan 

redho,mcm kata "TUAN PRESIDEN"  Allah dah tentukan kita tak menang(sebab tu sejak 2004 tumbang 

sampai sekarang tak menang Allah tak redho)masakan boleh serah pada takdir semata-mata tanpa 

usaha,manusia lalai saja yang pikiaq mcm ni.

Kembali kepada perihal "habis madu sepah dibuang",dah nak buat mcm mana orang dah tak berkenan 

dengan kita,masa susah org susahkan kita supaya dia senang,masa dia senang lumrah kawan lama pun tetiba 

muncul walhal yg menyenangkan dia adalah kita,bila dah senang orang lain pulak yg tumpang senang.

Pepatah orang tua tua "hujan tiada ,ribut tiada'' atau "kacang yang lupa kulit" atau "lempaq kulit pisang" yang 

mana nak paling molek nak bagi kat org ni??

Apa pun jua yang berlaku jangan lah kita dok pi kangkang kat belah sana pulak,sebab "frust" tak dapat 

habuan kita dok tebuk kapal bagi karam,dan pada yang lupa kat orang yang telah menyenangkan kita di 

masa susah,''Hidup ibarat roda".......sekian lah KAKAK ku...selamat berjuang..

Wednesday, 15 May 2013

Apabila Pandai Terlebih Memandai...


MEMALUKAN WANCANA KECOH, BILA PRESIDEN PERSATUAN WARTAWAN MELAYU MENGAMUK DAN DIKETAWAKAN HADIRIN..!!!

Sessi soal jawab wacana kecoh, Zairil tenang menjawab

SHAH ALAM, 16 MEI: Gara-gara tidak dapat mengawal emosi dan semangat perkauman yang tinggi, sessi soal jawab Wacana Sinar Harian semalam kecoh seketika.

Presiden Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bingkas bangun pada sessi pertanyaan audien wacana ‘Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu’ dan menuduh kononnya tidak wujud kebebasan akhbar di Pulau Pinang kerana wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan sidang media Kerajaan Negeri.

“Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,” soalnya, di samping mendakwa terdapat diskriminasi kaum di Universiti Malaya yang kononnya melebihkan pensyarah berketurunan Cina.

Soalan beliau disambut gelak ketawa berdekah-dekah daripada hadirin yang lantas menyuruhnya duduk sambil menyifatkan soalan itu sebagai dangkal.

Seorang lagi audien turut beremosi ketika bertanya mengenai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sambil meluahkan kebimbangan mengenai penguasaan orang Cina pada masa hadapan.

Beliau berkata, kononnya setelah Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran, Ketua Menteri itu mengumum untuk memansuhkan DEB di Pulau Pinang; yang kemudiannya disambut gelak ketawa hadirin yang menyuruhnya berhenti sambil bertanya, ‘Ini cadangan ke soalan?’

Kedua-dua penyoal terpaksa ditenangkan oleh pihak penganjur.

Keadaan yang tegang seketika kembali seperti sedia kala apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan tenang menjawab soalan kedua-duanya.

“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.

“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.

“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,” ujarnya berseloroh.

Pisang...cerita pasai Pisang pasai nak lempaq kulit dia lepas ni..

Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

"Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/khasiat-pisang-1001-khasiat-kaya.html#ixzz2TQrLI1vy