Monday, 20 May 2013

Anak Jantan Bertelor Dahi..Anak Ostat Bertambah Bini??



Astalavista...Adam Adli anak Penaga Kepala Batas yang dilihat lebih menonjol dalam soal perjuangan rakyat,lebih radikal dalam tindakan berdepan dgn kezaliman,seorang anak muda yang pernah satu ketika menggegarkan politik Malaysia dgn menurunkan bendera PM Najib secara live,seorang yang bergerak merentasi kaum,ideologi,parti, dalam kempen PRU 13 bagi menjatuhkan BN dan konco konconya.

Anak kelahiran ''penaga'' ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ''bermazhab politik Pas'' tetapi tidak memilih Pas sebagai wardah perjuangan beliau ''Mengapa''? ini yang banyak menjadi persoalan apabila banyak pejuang pejuang kebangkitan anak muda yang berpotensi dan radikal ini lebih senang berdiri melawan rejim Umno/Bn tidak melalui wardah Pas yang mana ibu bapa mereka sendiri adalah hardcore parti tersebut.

Ok..Di Pulau Pinang yang lebih meriah dgn panggilan Pulau Mutiara dimana rakyat berbilang bangsa bergerak seiring dalam rantaian hidup yang dilihat paling unik di Malaysia.Di manakah kebenarannya??

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mana Cina,Melayu,India hidup dalam satu komuniti  kebergantungan masyarakatnya amatlah erat.Ini berlaku sejak sekian lamanya terutama di kawasan sebelah pulau majoritinya,kawasan pekan di sebelah tanah besar seperti Bukit Mertajam,Kepala Batas,Perai dan Seberang Jaya.

Kebergantungan hidup dalam komuniti masyarakat ini berlaku didalam suasana yang begitu muhibah sekali,anak kesekolah,peniaga berniaga bersebelahan,perkongsian premis/komplex makanan dan lain lain lagi.
Pernah dahulu seorang kawan berkata,kalau nak belajar politik 1malaysia,Pulau Pinang adalah tempatnya,kalau nak belajar tahan maki dalam politik,Pulau Pinang adalah tempatnya kerana ramai pemimpin yang tahan maki dalam politik lahirnya dari Pulau Pinang,lahirnya pemimpin radikal juga kebanyakannya dari Pulau Pinang.

Kembali kepada Adam Adli,seorang pemuda yang lebih layak digelar Ketua Pemuda kepada Pemuda PR,dgn sikapnya yang lemah lembut dari segi perwatakan,tetapi tegas dalam tindakan,berani dlam mendepani isu merentasi bangsa,ideologi,agama.

Lahirnya Adam Adli di pentas politik Malaysia,khusunya Pulau Pinang bakal membakar semangat anak muda dalam meneruskan legasi perjuangan rakyat,perjuangan yang tidak memerlukan ketua yang ''ponen,lembik'' yang berselindung disebalik title agama,yang mengaut habuan dunia dengan agenda pengkhianatan pada PRU 13 di Sg Acheh bersandarkan kepada telahan Abu Nawas

Orang selalu kutuk pemimpin PKR yang ambil duit juta juta dari umno untuk khianat parti tapi ok la dapat juta juta untuk jadi pengkhianat berbanding dengan ketua pemuda pas pulau pinang nilainya hanya rm5ribu saja untuk jadi pengkhianat...

Dimanakah kebenarannya telahan ini??mengapa tiada sebarang penafian setelah hampir 24 jam kenyataan ini dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang@calon DUN Sg Acheh yang mana dia ini bukan anak kelahiran Pulau Pinang tidak membesar dalam suasana Pulau Pinang.

Jadi tidak hairanlah apabila segala tindak tanduknya seperti melepaskan batuk di tangga sejak menyandang jawatan KPDPPP,tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana politik PR khususnya bersama pimpinan selain daripada Melayu/Baling.

Ini berlaku kerana dia ini hidup/dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat "melayu pure" maka keberangkalian wujudnya presepsi politik perkauman amat menebal di dalam dirinya.Sedar atau tidak sedar mereka mereka ini menganuti politik perkauman secara tidak langsung meskipun Pas menolak politik perkauman kerana dasar Pas adalah Islam..

''Dimanakah Relevanya Pimpinan'' berotak sempit ini menerajui politik Pulau Pinang??

Pakat Pakat Pikiaq La Noooo..

nasi tambah kuah taruh atas..

2 comments:

  1. -Pemuda Pas Pulau Pinang punya facebook pun lama tak buka pasai apa Abu Nawas???

    ReplyDelete
  2. HE!HE!HE!

    ZAMAN KERUNTUHAN PAS SUDAH BERMULA...

    ReplyDelete