Thursday 16 May 2013

Pas P.Pinang Terpalit Dengan Pengkhianatan??

Pergolakan berikutan kekalahan Pas di 5 kerusi Dun dan 2 di Parlimen sedang hangat diperkatakan setelah perbagai keputusan post-mortem dilakukan dan hasilnya perbagai "bom jangka" dan seumpama 'torpedo" meletup menggegarkan Politik Pas Penang.

Setelah bom-bom ini meletup maka berseleraklah segala apa yang disembunyikan dan diselindungkan selama ini,yang terbuku dah tercair, yang jernih dah jadi keroh,segala macam andaian yg dikatakan fitnah sebelum ini menjadi kebenaran.

Bermula segala macam onak ini dikatakan untuk 'memecah belah parti" terutamanya Pemuda Pas penang yang dikatakan berperanan besar dalan mengatur strategi' Kepimpinan" baru yang lebih mendominasi Perhubungan Negeri melalui percaturan beberapa kononnya 'tokoh muda'' yang di import dari negeri Kedah.

Persoalannya dimanakah kebenarannya ini semua?? sehari dua ini suara suara kritikan yang hebat seperti ledakan bom atom telah berlaku di laman sosial diantaranya yang menarik perhatian adalah daripada musuh ketat ''tokoh muda'' Pemuda Pas Penang yang lebih sinomin dengan nama Abu Nawas yang telah melabelkan mereka-mereka ini sebagai 'Pengkhianat" kepada pakatan rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Berikut adalah antara kutukan keras dalam posting Abu Nawas:

Peraturan dan displin parti dalam Parti Komunis Malaya melarang keras perbuatan menghasut di belakang.

Setiap anggota parti berhak mengemukakan fikiran kepada pimpinan atasan bahkan juga diperbolehkan melangkauinya sehingga ke pimpinan tertinggi, tetapi mutlak tidak boleh bercakap atau menghasut di belakang, menjadi pengheboh kecil dan lain lain.

Hukuman mati adalah penghujung hidup kepada pengkhinat. Kesimpulannya sekiranya Yusni Mat Pukiah yang khianat kepada perjuangan rakyat di Sungai aceh adalah anggota PKM maka hukumannya ialah mati tetapi nasibnya baik kerana berada dalam pas.


Ok...Dimanakah kebenaran dan relevannya kenyataan ini?? jom kita kembali kepada bom-bom yang telah meletup   sehari dua ini.Diantaranya yang paling di sebut sebut adalah dua nama ini seperti di atas Yusni dan Afnan.

Bermula dengan Yusni yang pada mulanya menjadi Timbalan kepada Hafiz dan ekoran daripada tindak tanduk yang melawan arus Hafiz dalam 'Konsensus" Pr merugikan Parti maka digantikan gengan Yusni sebagai KP dan juga bermulalah episod sebagai Mudir Sriibu yang dibina atas kekuatan dana Pemuda khususnya ahli parti peringkat bawahan,maka berpusing lah seluruh pelusuk "goncang tong" nak bina Sriibu.

Dibawah pentadbiran yang ditunjangi oleh mereka mereka ini maka Sriibu boleh dikatakan berjaya dan satu cadangan bagi mengembangkan institusi ini digarap.Antaranya membeli sebidang tanah bagi mendirikan komplex baru yang selama ini hanya beroperasi di 'rumah kedai'' maka persetujuan telah termeterai dengan pemilik tanah yang merelakan digunapakai (dijual)melalui perjanjian yang amat menguntungkan pihak Sriibu.

Malang sekali apa yang dirancang dan dipersetujui oleh kedua dua pihak ini tersangkut di tengah jalan sehingga sekarang ini,di pihak tuan tanah hanya dapat tidak hampir 50% lagi dari harga yang ditawarkan.Mengapa ini berlaku?? ok.. inilah yang dikatakan Abu Nawas akan ''pengkhianatan" dan bukan dia sahaja yang beranggapan begitu tetapi inilah yang sedang hebat diperkatakan oleh orang orang terdekat Pemuda Pas yang mungkin baru kini tersedar dari lena.

Pengkhianatan yang dimaksudkan adalah apabila yang diamanahkan menerajui Sriibu telah konar 360 dengan membuka Aqsa dan sekaligus melepaskan tanggungjawap itu kepada org lain demi memberi perhatian sepenuhnya kepada ''Kapal baru"" yg bakal di pacu olehnya.

Apabila kapal baru ini melabuhkan layarnya maka segala macam dana yang selama ini disalurkan kepada kapal lama itu telah'' di Divert kan'' kepada kapal baru melalui surat surat berkepala kapal baru yang ditandatangani oleh Mudir itu sendiri agar segala macam dana yang disalurkan kepada kapal lama diteruskan tetapi dengan penuh harapan kepada kapal baru yang nahkodanya adalah org yang sama.

Inilah pengkhianatan pertama yang dilakukan oleh susuk tubuh kecil pemain yang diimport  kononnya ''Ulama Pelapis".Jadi apa nak di hairankan apabila pengkhianatan kali kedua berlaku di Sg Acheh oleh org yang sama.Betullah kata sumber yang telah menceritakan dan telahan Abu Nawas bahawa mereka ini mempunyai agenda tersembunyi sama ada konflik kepentingan duniawi atau agen kepada pihak musuh khusunya UMNO.

ikuti sambungannya...tambah nasi kuah taruh atas..

No comments:

Post a Comment